SMK Munshi Abdullah terletak 120 KM dari JPNS yang mana menempatkan seramai 900 lebih orang pelajar dari seluruh daerah Sabak Bernam. Manakala Asrama Desa SMK Munshi Abdullah terletak 500 meter dari pejabat SMK Munshi Abdullah. Asrama yang mula dibuka pada tahun 1981 ini mampu menempatkan serama 50 orang pelajar perempuan sahaja. |
|
Artikel penuh
|
|
|
Ucapan Alu-aluan Pengetua |
 Pertamanya marilah kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin-Nya juga warga SMK Munshi Abdullah telah memperoleh sebuah asrama yang indah dan sempurna. Dengan keperihatinan pihak kerajaan , anak-anak masyarakat Sungai Air Tawar ini telah bersama dapat tinggal di sebuah asrama desa yang serba lengkap dan selesa di sekolah ini. Asrama Desa SMK Munshi Abdullah yang dikenali sebagai ADMA mula ditubuhkan pada tahun 1990 dengan penghuninya terdiri daripada 50 orang pelajar perempuan. Pada tahun 2003 telah dibina asrama baru yang dapat menampung 200 orang pelajar iaitu 100 pelajar lelaki dan 100 pelajar perempuan. Dalam pemerhatian saya, minat ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar SMK Munshi Abdullah untuk menempatkan anak-anak mereka di ADMA semakin tinggi. Terdapat juga ibubapa pelajar dari luar daerah yang cuba mendapatkan tempat bagi anak-anak mereka untuk tinggal di ADMA. Keutamaan adalah untuk pelajar-pelajar SMK Munshi Abdullah terutama pelajar-pelajar Rancangan Khas. Di samping itu, konsep “Pengkhalifahan Insan” yang cuba diterapkan oleh ADMA kepada penghuninya adalah satu usaha berterusan yang sangat murni. Dengan usaha ini pelajar-pelajar diharapkan akan mendapat memimpin dirinya sendiri sekurang-kurangnya dan Insya Allah akan menjadi pemimpin dalam masyarakat pada masa hadapan. Selain itu, mereka diharapkan dapat menjaga alam dan persekitaran kehidupan dengan baik. Mudah-mudahan harapan untuk melihat ADMA Gemilang Menjelang 2010 akan tercapai, Insya Allah. Sekian. Tn Hj. Wahid bin Rais Pengetua SMK Munshi Abdullah |
|
|
Sekapur Sireh dari Ketua Warden, Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Syukur alhamdulillah, dengan izin dan limpah kurniaNya, maka dapat juga diwujudkan laman web ADMA SMK Munshi Abdullah ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua dan rakan-rakan dengan bantuan andalah maka terbitnya laman web ini. ADMA adalah bermaksud Asrama Desa Munshi Abdullah. Saya mula bertugas sebagai ketua warden sejak asrama ini dibuka pada tahun 2003 hingga sekarang. Ertinya dari hanya mempunyai struktur bangunan yang baru tapi tiada sebarang dokumentasi sehingga berjaya mewakili Selangor ke peringkat kebangsaan dalam masa 4 tahun asrama ini dibina. Kini ada dalam 6 terbaik kebangsaan. Admamunshi mempunyai 200 orang penghuni yang diisi secara amnya oleh pelajar tempatan. Namun kini permohonan dari pelajar luar daerah Sabak Bernam malah seluruh Selangor dan luar Selangor sudah mula berlumba-lumba untuk memohon tinggal di asrama ini. Pada umumnya pemilihan dibuat pada tiga aspek iaitu akademik, jarak dari sekolah dan disiplin di sekolah.Selain itu ada kes-kes tertentu seperti faktor ekonomi keluarga pelajar juga jadi penentu, di mana kita ingin membantu pelajar yang miskin. Kini ADMA sudah lengkap dengan segala kemudahan yang memenuhi piawaian asrama gemilang. Saya berbangga berkhidmat di sini, malah penghasilan kualiti pelajar dari segi akademik dan ko-kurikulum sedang meningkat maju. Malah ADMA dan SMK Munshi Abdullah sudah terkenal di seluruh warga pendidik di negeri Selangor dan masyarakatnya. Semua ini adalah hasil yang bertungkus-lumus agar ADMA terus maju dan dihormati di mata masyarakat. Sekian. |
|
|